Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Hari Integriti STB 2023. Foto, TVS.

Sarawak sasar empat juta pelancong tahun depan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 7 Dis: Kerajaan Sarawak menyasarkan kemasukan pelancong ke negeri ini kepada empat juta pelancong pada tahun hadapan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sarawak optimis sasaran empat juta pelancong dapat dicapai.

Angka positif itu menurut beliau ditetapkan berdasarkan kepada pencapaian lebih tiga juta pengunjung memasuki Sarawak tahun ini.

“Tahun lepas kita telah capai sasaran dua juta pengunjung. Tahun ini kita naikkan kepada tiga juta. Ia merupakan satu lonjakan yang besar, daripada dua ke tiga juta.

“Lonjakan sebanyak satu juta (pengunjung), bukan mudah untuk membawa masuk satu juta orang. Kita capai sasaran tiga juta (pengunjung) pada minggu pertama Oktober. Jadi sekarang kita naikkan lagi jumlah sasaran. Tahun hadapan kita naikkan kepada empat juta,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Dasar Integriti pada Hari Integriti Sarawak Tourism Board (STB) di sini hari ini.

Beliau pada masa sama menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak kerana telah menunjukkan komitmen dan usaha berterusan dalam menjayakan sasaran tersebut.

Selain itu katanya, bagi tahun ini, pelancongan perubatan telah menjadi salah satu penyumbang jumlah pendapatan yang tinggi kepada Sarawak.

Ini kerana pihak luar yang datang ke Sarawak untuk mendapatkan khidmat kesihatan perlu menetap di negeri ini untuk satu tempoh yang agak lama bergantung dengan keperluan perubatan mereka, berbanding pelawat yang datang untuk bercuti atau tujuan lain.

“Ia sangat membantu kerana pelancongan perubatan ini berbeza daripada pelancongan biasa yang mana orang datang dua ke tiga hari kemudian balik. Mereka tidak banyak berbelanja.

“Kalau pelancongan perubatan, anda dapatkan rawatan, doktor berkata ‘sila datang semula dalam masa seminggu’. Anda tidak akan kembali ke negara asal, anda perlu menetap di sini, tunggu seminggu dan perlu menetap di suatu tempat. Lazimnya, pelancongan perubatan (pengunjung) tidak akan datang seorang diri. Kalau ibu atau ayah sakit, anak-anak akan ikut sekali,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Sarawak mencatat kemasukan 28,000 pelancong kesihatan ke negeri ini pada tahun 2023 dengan pendapatan dianggarkan sebanyak RM54 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan