Search
Close this search box.
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang menawarkan pemberian rebat bagi pembelian motosikal elektrik dilancarkan esok. Foto hiasan: Envato

Kerajaan lancar Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang menawarkan pemberian rebat sehingga RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik akan dilancarkan esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata skim yang dibuka kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah itu adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Pada 8 Disember, kita akan melancarkan skim yang dikenali sebagai “MARIICas” yang dikelolakan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Mereka yang berkelayakan akan mendapat geran tunai sebanyak RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik,” katanya ketika menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM yang disiarkan di saluran TV1 hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim itu dibuka kepada rakyat pada bulan ini.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dengan rebat sehingga RM2,400 bagi membantu pengguna beralih kepada motosikal elektrik.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasarkan peningkatan lokasi pengecasan kereta elektrik (EV) selaras dengan sasaran 10,000 tempat pengecasan pada 2025.

“Kementerian memang melihat peningkatan yang agak tinggi dari segi graf, dan kita akan pastikan pelbagai insentif akan diberikan kerajaan untuk syarikat yang ingin membina pengecas EV.

“Dari segi perkhidmatan pengecasan di rumah, akan turut menerima insentif cukai ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan