Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama barisan pimpinan SABERKAS pada Majlis Makan Malam Selamat Datang SABERKAS di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Sarawak berhak menentukan had umur belia – Abdul Karim

KUCHING, 5 Dis: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sekali lagi menegaskan had umur belia di Sarawak masih kekal pada 40 tahun.

Menurutnya, Sarawak berhak untuk menggunapakai atau sebaliknya keputusan yang dicapai di peringkat Persekutuan yang akan menurunkan had umur belia kepada 30 tahun.

“Saya telah ditanya (oleh pihak media) sama ada Sarawak akan mengikut sama (had umur belia yang telah ditetapkan Kerajaan Persekutuan), saya jawab belum lagi.

“Kita mempunyai gaya kita sendiri bagaimana untuk melatih golongan belia,” kata Abdul Karim yang juga Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Selamat Datang SABERKAS di sini, malam tadi.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, kerajaan Persekutuan menetapkan tarikh kuat kuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] pada 1 Jan 2026.

Antara justifikasi penurunan had umur berkenaan sejajar dengan Dasar Belia Malaysia dan takrifan umur belia di negara lain yang meletakkan had umur belia di bawah 30 tahun.

Sementara itu, majlis berkenaan adalah untuk meraikan kehadiran 390 orang perwakilan dan pemerhati serta 53 Exco SABERKAS sempena Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS.

Perhimpunan itu adalah untuk memilih pucuk pimpinan baharu SABERKAS bagi tempoh tiga tahun bermula dari 2023 hingga 2026.

Ia bakal menyaksikan 45 calon bertanding bagi merebut 25 kekosongan Exco Tertinggi dengan keputusan bakal diperolehi selepas pemilihan pada 2 petang ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan