Search
Close this search box.
Seorang guru wanita di daerah Serian rugi RM270,000 apabila terpedaya dengan taktik penipuan yang menjanjikan pulangan lumayan. Foto hiasan: Envato

Dijanjikan keuntungan besar, guru wanita lesap RM270,000

KUCHING, 5 Dis: Seorang guru wanita di daerah Serian rugi RM270,000 apabila terpedaya dengan taktik penipuan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi pelaburan dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata pada awal September lalu, guru berumur lebih 40 tahun itu melayari Facebook dan tertarik dengan satu iklan pelaburan saham.

“Mangsa telah berurusan dengan seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai ‘Chryseis’. Mangsa seterusnya dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp.

“Mangsa seterusnya diarahkan untuk memuat turun satu aplikasi melalui satu pautan yang diberikan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mangsa yang berminat telah ditawarkan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus setiap kali membuat pelaburan.

Dia kemudiannya melakukan sembilan transaksi pindahan wang secara berperingkat bermula dari pertengahan November hingga hujung November lalu ke dua akaun bank berbeza.

Menurutnya, setelah membuat sesuatu transaksi, mangsa akan menjual atau membeli saham menggunakan aplikasi disediakan dan melalui aplikasi itu juga mangsa akan dapat melihat turun naik saham yang dibeli.

Guru berkenaan menyedari telah ditipu apabila pada 29 November wang dalam akaun aplikasi itu tidak dapat dipindahkan ke dalam akaun bank simpanannya.

“Susulan itu mangsa telah membuat semakan dengan sebuah syarikat di Singapura dan diberitahu bahawa syarikat berkenaan tiada menyediakan perkhidmatan jual beli saham,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan