Search
Close this search box.
Pengerusi LAKU Management Sdn Bhd, Datuk Nelson Balang Rining (empat kanan) menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management Sdn Bhd, Daneil Punang pada Majlis Makan Malam Tahunan LAKU Management Sdn Bhd malam tadi. Foto: TVS

Sarawak salur bekalan air ke negara Brunei Darussalam

ByTVS

MIRI, 4 Dis: Kerajaan Sarawak dan Brunei Darussalam telah melakukan perbincangan mengenai bekalan air Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Management Sdn Bhd untuk disalurkan ke negara itu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini akan memberi manfaat dan faedah besar dalam industri air kepada Sarawak apabila LAKU memberi perkhidmatan air merentasi dua negara.

“Ini satu permintaan yang berskala besar kerana pihak kerajaan negara Brunei Darussalam terutamanya di daerah Muara memerlukan penggunaan air yang lebih pada masa akan datang. Malah terdapat beberapa syarikat besar di Brunei Darussalam meminta penggunaan semasa air daripada kita.

“Saya percaya inilah peluang LAKU Management Sdn Bhd memberi perkhidmatan air merentasi dua negara yang bakal memberi manfaat dan faedah besar dalam industri air di Sarawak,” katanya semasa Majlis Makan Malam Tahunan LAKU Management Sdn Bhd malam tadi.

Teks ucapan beliau dibaca Pengerusi LAKU Management Sdn Bhd, Datuk Nelson Balang Rining yang mewakilinya di majlis itu.

Tambahnya, pihak LAKU telah menghantar kakitangan untuk lawatan pihak pengurusan sambil belajar bagi membentuk sistem bekalan air yang lebih mampan dan berdaya tahan sama seperti di Singapura.

“Syabas kepada pihak pengurusan kerana menjadikan urus tadbir air negara Singapura sebagai mercu tanda inovasi dan kecekapan dalam pengurusan air. Lawatan ke Lembaga Kemudahan Awam (PUB) ini memberi peluang dengan cara mengatasi cabaran pada masa akan datang.

“Saya diberitahu bahawa lawatan kakitangan LAKU ini telah menyaksikan kejayaan pelaksanaan kitar semula air dan teknologi penyahgaraman. Kita juga mempelajari kaedah termaju dengan lebih dedikasi mereka untuk memastikan keselamatan air dalam menghadapi permintaan yang semakin meningkat dalam perubahan iklim yang tidak menentu,” ujarnya.

Dengan permintaan penggunaan air yang semakin meningkat di bahagian Utara Sarawak terutamanya di Kidurong Bintulu ditambah dengan kemunculan industri besar seperti Loji Metanol Petchem dan Shell Rosmari dan Loji Gas Marjoram On-Shore, LAKU terus meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam perkhidmatan.

Hal ini boleh dilihat pada keseluruhan Kapasiti Pelan semasa LAKU di Miri, Bintulu, Samalaju dan Limbang adalah 688 juta liter sehari (MLD), sementara penggunaan semasa air pula 394 MLD.

Majlis juga menyaksikan pihak LAKU memberi sumbangan bernilai RM4,000 kepada setiap enam badan amal iaitu Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri, Pusat Sunflower Miri, Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS), Persatuan Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa Miri (PIBAKIS), Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak Miri dan Hospital Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan