Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggunakan teropong diiringi Dato Sri Nancy Shukri menyaksikan perkembangan Regatta Telaga Air di Esplanade Telaga Air hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Telaga Air disyorkan jadi hab sukan air terkemuka di Sarawak

KUCHING, 3 Dis: Telaga Air yang berpotensi menjadi pintu masuk kepada aktiviti pelancongan di Kuching Wetland disyorkan menjadi hab sukan air terkemuka di Sarawak berikutan keadaan yang sesuai dan kondusif untuk sukan air.

Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berharap agar Kerajaan Sarawak mempertimbangkan cadangan untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut.

“Justeru itu, kami mengharapkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat mempercepatkan proses pembangunan infrastruktur dan fasiliti di kawasan Telaga Air dan Trombol.

“Ia adalah bagi memenuhi hasrat kita bukan sahaja sebagai hab sukan air di Bahagian Kuching tetapi juga sebagai pintu masuk kepada eko pelancongan khususnya bagi kawasan Kuching Wetland,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Regatta Telaga Air di Esplanade Telaga Air di sini, hari ini.

Majis itu turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menjelas lanjut, Nancy berkata, beliau mahu mengembangkan aktiviti eko pelancongan di kawasan lain bermula daripada Telok Melano, Sematan, Siar-Pandan, Lundu, Santubong, Damai, Buntal, Bako, Muara Tebas dijadikan sebagai hab eko-pelancongan dan pelancongan pantai.

“Kita mahu memanfaatkan alam semula jadi seperti taman-taman negara, air terjun, peninggalan sejarah serta aset-aset pelancongan lain.

“Hasrat kami sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan ini adalah untuk melihat kepada semangat kerjasama yang erat, perpaduan dan silaturrahim demi untuk memastikan perpaduan ini dapat dijadikan asas dalam mempercepatkan kerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan yang telah diamanahkan Premier Sarawak untuk membangunkan kawasan ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Pesta Regatta Telaga Air telah dijenamakan semula dengan keterlibatan aktiviti sukan lumba perahu setelah tiga dekad tidak diadakan.

Pesta Telaga Air merupakan pesta anjuran Majlis Perbandaran Padawan dan komuniti Telaga Air yang sebelum ini telah diadakan setiap tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan