Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Lebuhraya Pan Borneo di Bukit Begunan, Sarawak. Foto Fiqri Razak (TVS)

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini capai kemajuan 98 peratus – Alexander

ByJeeridyne

KUCHING, 3 Dis: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini telah mencapai kemajuan 98 peratus di mana kesemua jajaran lebuhraya ini disasarkan akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam penghujung tahun ini.

Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, sehingga ke hari ini, sebanyak 19 daripada 25 seksyen lebuhraya ini telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang awam.

Katanya, seksyen Bukit Begunan yang terletak di bawak Pakej Kontrak Kerja 04 dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember ini.

“Sementara itu, lima seksyen iaitu seksyen Sarikei (WPC06), Tatau dan Bintulu (WPC10), Beluru dan sepanjang 34.5 kilometer seksyen Lambir (WPC11) akan siap sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2024.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak malam ini.

Alexander turut mengucap terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana melalui kepimpinan beliau, banyak projek pembangunan infrastruktur Kerajaan Persekutuan di Sarawak dapat dilaksanakan.

Beliau berkata, keberhasilan rancangan pembangunan amat bergantung kepada kestabilan politik negeri dan negara dalam merangka masa depan yang lebih cerah.

“Sarawak memiliki kelebihan itu kerana meletakkan perpaduan rakyat sebagai perkara utama bagi membentuk kestabilan politik mampan seterusnya membantu menggerakkan ekonomi Sarawak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan