Search
Close this search box.
Perhimpunan Christmas Carol Terbesar anjuran TVS di Padang Merdeka, Kuching, malam ini diiktiraf Malaysia Book of Records disaksi Timbalan Premier Sarawak, Dato Amar Dr Sim Kui Hian. Foto: TVS

Perhimpunan Christmas Carol Terbesar anjuran TVS diiktiraf Malaysia Book of Records

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 3 Dis: Perhimpunan Christmas Carol Terbesar anjuran kerjasama TVS dan UNIFOR yang diadakan di Padang Merdeka di sini, malam ini, mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan TVS, seramai 2,479 peserta telah berjaya menyanyikan lagu O Holy Night, Feliz Navidad dan We Wish You A Merry Christmas dalam satu masa.

Perhimpunan Christmas Carol terbesar TVS diiktiraf MBR | TVS

Pada awalnya pihak penganjur menyasarkan seramai 1,500 peserta sahaja menyertai perhimpunan itu tetapi malam ini peserta telah melebihi sasaran yang ditetapkan.

“Pencapaian luar biasa ini adalah bukti komitmen Sarawak untuk mempamerkan dan mengukuhkan intipati perpaduan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan budaya,” kata kenyataan itu.

Program “A Christmas Carol, Sarawak in Diversity” juga merupakan peluang untuk mempamerkan dedikasi UNIFOR dan TVS dengan mengumpulkan orang ramai daripada semua latar belakang.

Selain itu, program seperti ini juga menjadi platform dalam usaha mempromosikan kepelbagaian kaum, perpaduan dan keamanan masyarakat di Sarawak.

Peserta juga dihiburkan dengan gimik “Light Up The Christmas Tree” yang ditaja oleh Plaza Merdeka, Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan