Search
Close this search box.
Suspek lelaki memiliki 20 kes rekod jenayah lampau ditahan kerana membawa senjata bahaya di pangsapuri RPR Sungai Plan di Jalan Tanjung Kidurong petang Sabtu. Foto: IPD Bintulu

Padah bawa parang, lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan lagi

BINTULU, 3 Dis: Seorang lelaki yang memiliki 20 rekod kesalahan jenayah lampau ditahan sekali lagi kerana membawa parang di tempat awam di sini, petang semalam.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 6.16 petang apabila suspek berusia 28 tahun berkenaan membawa senjata berbahaya di kawasan pangsapuri Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayaha Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daeah (IPD) Bintulu bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan sejurus menerima maklumat awam.

“Pihak kami telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek yang merupakan seorang warga tempatan bersama rampasan sebilah parang.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 20 rekod kes jenayah lampau termasuk dua kes berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, suspek akan direman selama tiga hari sehingga 6 Disember ini bagi membantu siasatan lanjut kes.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958 dan sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun beserta sebatan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan