Search
Close this search box.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis selepas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubat Klinik Kesihatan Selangau. Foto: APM Selangau

Lelaki maut, motosikal ditunggang langgar bonggol

DALAT, 3 Dis: Seorang lelaki warga tempatan maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan melanggar bonggol lebihan tar jalan di Kilometer 54, Jalan Sibu-Bintulu di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Imizayni Chat, 40, berasal dari Rumah Jelai di Sungai Tamin, Selangau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan (DSP) Saga Chunggat berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 7.45 malam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang menunggang motosikal bergerak dari arah Tamin menuju ke jalan utama Pan Borneo.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar bonggol lebihan tar jalan di bahu jalan sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa telah disahkan ‌meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sekuau di tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa semasa menunggang motosikal di tempat kejadian di mana keadaan jalan didapati berselekoh, kering dan rata,” jelasnya.

Saga berkata, motosikal mangsa hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan