Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Regatta Telaga Air 2023 di Esplanade Telaga Air hari ini. Foto: TVS

Landskap Kampung Telaga Air akan distruktur semula – Abang Johari

KUCHING, 3 Dis: Kerajaan negeri merancang menaik taraf infrastruktur yang akan menyaksikan landskap Kampung Telaga Air berubah wajah dalam tempoh tiga tahun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Telaga Air berpotensi menjadi sebahagian daripada ‘tourism belt’ di selatan Sarawak.

Projek naik taraf infrastruktur Telaga Air dipercepat | TVS

Menurutnya, kawasan itu  berupaya menjadi Pusat Kegiatan Hab Sukan Air berikutan faktor georgrafi yang berhubung dengan kawasan eko pelancongan Lundu dan Sematan, selain melihat kepada tarikan flora dan fauna, kedua-dua laut dan sungai di kawasan berkenaan.

“Telaga Air ini adalah kawasan yang disebut sebagai ‘tourism belt’ kerana mereka mempunyai khazanah yang tersendiri.

“Tambahan pula di sini ada eko sistem termasuklah pokok bakau, karbon, ikan, buaya semuanya mencukupi dan kita akan lengkapkan kawasan ini dengan pembangunan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Regatta Telaga Air di Esplanade Telaga Air di sini, hari ini.

Katanya, antara perancangan untuk menaik taraf pembangunan infrastruktur adalah pembinaan Jalan Baru melalui Jalan FAC yang dikenali sebagai Jalan Pehin Sri Adenan Satem, memperbesarkan tebingan sungai Telaga Air, serta pembinaan masjid terapung yang akan menjadi daya tarikan pengunjung untuk singgah ke Telaga air, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat.

“Kita akan bina satu jalan raya dari Jalan Temenggong, kita akan sambungkan ke Jalan FAC di mana sekarang jalan ini dikenali sebagai Jalan Pehin Sri Adenan Satem.

“Jajaran jalan raya tersebut akan kita sambungkan dengan membina jalan dual-carriageway dan masuk ke Telaga Air. Selain itu kita akan memperbesarkan tebingan sungai dan membina masjid terapung,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan