Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Datu Richard Tajan berucap di Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak malam ini. Foto: TVS

Impian rakyat jadi realiti, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dibuka sepenuhnya hujung tahun ini

KUCHING, 3 Dis: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786 kilometer yang akan siap penghujung tahun ini dan dibuka kepada orang awam sepenuhnya merealisasikan impian rakyat Sarawak menjadi realiti.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Datu Richard Tajan berkata, projek itu diilhamkan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Bagi melaksanakan projek ini pada awalnya, kerajaan telah melantik Syarikat Lebuhraya Utara Sdn Bhd (LBU) sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP) sehingga tahun 2019,

“Pihak pentadbiran kerajaan ketika itu telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan PDP ini, Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa projek mulai 20 Februari 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak malam ini.

Menjelas lanjut, katanya,bermula dengan pelantikan JKR Sarawak sebagai Pegawai Penguasa bagi mengurus tadbir projek ini, Cawangan Lebuhraya Pan Borneo di bawah JKR Sarawak telah dibentuk terdiri daripada jurutera-jurutera dan pakar tempatan daripada pelbagai latar belakang untuk memberi fokus sepenuhnya kepada pelaksanaan projek mega ini.

“Bagi JKR Sarawak, pelantikan tersebut dilihat memberi peluang kepada ramai jurutera dan pakar anak-anak Sarawak untuk menyumbang bakti kepakaran masing-masing di dalam projek seumpamanya di Malaysia. Ini membuktikan bahawa JKR Sarawak mampu mengendalikan projek-projek berskala besar mahupun di peringkat wilayah ataupun persekutuan.

“Pengiktirafan ini disambut JKR Sarawak sebagai cabaran, sehubungan itu JKR Sarawak telah menyusun semula setiap pejabat untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan berfokus kepada rakyat,” ujarnya.

Katanya, dalam tempoh kebelakangan ini, banyak penambahbaikan kepada proses kerja, penstrukturan semula organisasi dan polisi telah dilakukan oleh JKR Sarawak dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan