Search
Close this search box.
Peserta yang terlibat dalam Sarawak Bomba Run 1.0 2023 di Dataran MBKS hari ini. Foto: TVS.

3,288 peserta sertai larian Sarawak Bomba Run 1.0

KUCHING, 3 Dis: Seramai 3,288 peserta pelbagai peringkat usia menyertai larian Sarawak Bomba Run 1.0 2023 yang berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, pagi tadi.

Program anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak itu mendapat sambutan positif daripada penduduk sekitar yang dihadiri para peserta seawal 5.45 pagi.

Tujuan utama penganjuran larian amal ini adalah untuk memberi peluang kepada anggota dan kakitangan bomba membantu golongan memerlukan, di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Sebanyak lima penerima menerima sumbangan larian amal ini iaitu Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol, Tabung Kebajian Persatuan Kebajikan Bomba Sarawak (PESKEB), Tabung Amal Anggota Bomba Sakit Kritikal dan Tabung Bencana Palestin.

Tabung Bencana Palestin menerima sebanyak RM5,000 manakala tabung amal lain masing-masing menerima sebanyak RM10,000.

Larian amal dengan bomba itu turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, pameran dan demo pasukan bomba, pameran agensi kerajaan lain, perarakan kenderan bomba, pertandingan mewarna dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung yang hadir.

Selain itu, Sarawak Bomba Run 1.0 2023 ini melibatkan kategori A dan B iaitu kategori A merupakan Family Fun Run 3 kilometer (km) disertai seramai 2,742 peserta.

Kategori B pula melibatkan 546 peserta iaitu 10 km terbuka lelaki dan wanita yang terbahagi kepada dua kategori umur 15 hingga 44 tahun dan 45 tahun ke atas.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Datu Khirudin Drahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan