Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan 'Women Section OUCCI' di Kuching, pada Jumaat. Foto, Faitullah Morni (TVS).

OUCCI digesa teroka peluang perniagaan baharu, lestarikan tenaga hijau

ByAkma Salleh

KUCHING, 2 Dis: Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI) digesa untuk meneroka peluang perniagaan baharu di samping bekerjasama dengan pelbagai industri serta sektor tempatan termasuk melestarikan tenaga hijau.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meyakini bahawa alternatif sedemikian akan membawa pulangan positif kepada kumpulan itu.

“Peluang perniagaan untuk Sarawak tidak akan berakhir begitu sahaja kerana kita (kerajaan) telah membuka peluang dalam teknologi hijau. Sebagai sebuah organisasi perniagaan, OUCCI mesti menjadi pemangkin untuk mencari jalan dan kaedah baharu untuk masa depan.

“Perluaskan rangkaian anda dengan bekerjasama bersama ahli dewan perniagaan lain bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di negara lain, di mana matlamat dan usaha melestarikan alam sekitar dalam tenaga hidrogen, bahan api penerbangan mampan, tenaga suria dan sumber tenaga hijau akan menjadi norma baharu.

“Terokalah ‘trend’ dan lengkapkan ahli dewan dengan pengetahuan yang luas agar dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan Sarawak menuju ke arah negeri maju menjelang 2030,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis malam gala dan ulang tahun ke-4 OUCCI di sini, pada Jumaat.

Untuk rekod OUCCI telah ditubuhkan oleh beberapa ahli perniagaan dan wanita Orang Ulu dengan objektif utamanya untuk membina komuniti usahawan orang ulu yang progresif dan berjaya.

Sejak penubuhannya, OUCCI telah mengadakan banyak program, termasuk bekerjasama dengan dewan tempatan yang lain untuk mencapai matlamat mereka.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala merangkap Penasihat OUCCI, serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan