Search
Close this search box.
Mayat tanpa pakaian ditemukan terapung di Sungai Rajang di Kanowit. Foto, IPD Kanowit.

Mayat tanpa pakaian ditemukan terapung di Kanowit

KANOWIT, 2 Dis: Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan hanyut di tebing Sungai Rajang berhampiran sebuah stesen minyak di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan (DSP) Tega Bilong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti sekitar jam 8 pagi.

Katanya, polis dari Balai Polis Kanowit yang menjalankan siasatan mendapati mayat berada dalam keadaan tanpa pakaian dan dipercayai sudah meninggal dunia melebihi tiga hari.

“Siasatan pihak kami di tempat kejadian mendapati mangsa berusia dalam lingkungan 30-an belum dikenal pasti dan ditemui hanyut dari arah Song sebelum ditemui terapung dalam keadaan tanpa pakaian di tebing sungai Batang Rajang berhampiran sebuah Stesen Minyak Shell Kanowit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah digerakkan untuk membantu mengambil mayat yang terletak kira-kira 50 meter dari tebing sungai.

“Mayat telah dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kanowit untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya dan pihak kami meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat SM Amiruddin Ismail di talian 019-8859327 atau Balai Polis Kanowit di talian 084-752222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan