Search
Close this search box.
Lelaki warga Nepal yang kelaparan dan tertekan cuba menculik seorang budak perempuan di pekan Jeniang, Gurun dekat sini minggu lalu. Foto, PDRM.

Lelaki Nepal kelaparan, culik kanak-kanak perempuan didakwa esok

SUNGAI PETANI, 2 Dis: Lelaki warga Nepal yang cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di hadapan sebuah kedai makan di pekan Jeniang, Gurun di sini Ahad lalu bakal dituduh di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 26 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Gurun mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan kes telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri pada 30 November lalu dan arahan mendakwa suspek dibenarkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 26 November lalu media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila cuba diculik seorang lelaki warga Nepal di pekan Jeniang, Gurun.

Kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu berlaku ketika mangsa ditinggalkan di dalam raga motosikal semasa bapanya mahu membayar tempahan roti canai sejauh kira-kira 6 meter.

Siasatan polis mendapati, suspek bertindak demikian sambil mengacu pisau pada leher mangsa kerana kelaparan dan cuba meminta makanan.

Suspek yang bekerja di sebuah kilang dan memasuki negara ini sejak sebulan lalu dikatakan melarikan diri dari majikannya kerana tekanan kerja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan