Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan mewakili Premier Sarawak semasa Majlis Perasmian Hari Belia Sarawak 2023 di Kapit hari ini. Foto: TVS

Dewan tertutup, kolam renang Kapit akan dibaik pulih – Abdul Karim

ByAdlina Rahman

KAPIT, 2 Dis: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berhasrat untuk membaik pulih dewan tertutup serta kolam renang di Kapit.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, fasiliti tersebut mengalami kerosakan selepas digunakan sebagai pusat kuarantin ketika penularan wabak COVID-19 sebelum ini.

“Terdapat dua kemudahan di bawah kementerian saya, di bahagian pusat; bahagian Kapit perlu dibaik pulih. Saya tidak dapat menerima kalau keadaan tersebut dibiarkan, belia kita serta rakyat akan rugi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Hari Belia Sarawak 2023 yang julung kali diadakan di Kapit, hari ini.

Dalam pada itu Abdul Karim memberitahu pihaknya akan menggunakan perkhidmatan arkitek untuk mengenal pasti dengan lebih lanjut mengenai kerosakan yang ada di kedua kemudahan itu.

“Kos membaik pulih dianggar akan melibatkan jutaan ringgit. Secara rambangnya mungkin dalam lingkungan RM8 juta hingga RM10 juta. Tetapi kita tidak perlu khuatir (dengan) Sarawak bernasib baik kerana mempunyai bajet yang besar dan pentadbiran negeri yang amat baik sekali,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan