Search
Close this search box.
Datuk Amar Prof Dr. Sim (tengah) semasa penyampaian cek sumbangan daripada PETROS. Foto, UKAS.

PETROS sumbang RM300,000, bantu dana lengkapkan MRI Hospital Sibu

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 1 DIS: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbangkan sejumlah RM300,000 kepada Yayasan Jantung Sarawak bagi membantu menambah dana untuk melengkapkan mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) bagi Hospital Sibu

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr. Sim Kui Hian berkata sumbangan berkenaan kini berjaya melengkapkan kutipan dana setakat 1 Disember 2023 adalah berjumlah RM2.04 juta bagi membeli mesin yang bernilai RM2.02 juta terbabit.

“Saya sangat menghargai Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif PETROS yang memutuskan untuk memberikan tambahan RM50,000 lagi di mana daripada RM250,000 kepada RM300,000.

“Itu akan menyelesaikan bukan sahaja isu atau kekurangan dana berjumlah RM30,000 tetapi akan membolehkan kita menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk penyimpanan dan pemasangan mesin,” katanya.

Dr. Sim berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Sumbangan daripada PETROS di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan turut menambah, pihak kementerian telah meluluskan sebanyak RM 1,208,018 untuk menaik taraf bilik mesin MRI pada 25 Oktober 2023.

Menurutnya, kerja pelaksanaan akan bermula awal tahun hadapan dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Beliau memberitahu, Pusat Jantung Sarawak mengesyorkan mesin tersebut untuk Hospital Sibu susulan mesin yang sedia ada sudah uzur dan tidak dapat berfungsi lagi.

Beliau mendedahkan berikutan itu pesakit di wilayah tengah Sarawak terpaksa dirujuk ke pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan kerana mesin di Hospital Sibu tidak mempunyai kapasiti untuk mengendalikan kes tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan