Search
Close this search box.
Awang Tengah menyempurnakan Majlis Perasmian Anjung Usahawan Long Tuan, Trusan hari ini. Foto: Adeng Idrus.

NRDA ubah wajah Long Tuan, Trusan Lawas sebagai Taman Agro – Awang Tengah

LAWAS, 1 Dis: Kerajaan Sarawak menerusi inisiatif Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) komited membangunkan kawasan Long Tuan, Trusan Lawas sebagai Taman Agro, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau meyakini perkara berkenaan adalah berdasarkan kawasan di tengah perkampungan di Sungai Trusan iaitu Long Tuan yang subur untuk menjadi pembekal utama kepada hasil tani bagi Daerah Lawas.

 

Anjung Usahawan Long Tuan Trusan Lawas. Foto: Adeng Idrus

“Saya juga minta kepada NRDA agar sepanjang kawasan ini dirancang sebagai satu kawasan yang boleh dibangunkan untuk menjadi sebuah Taman Agro.

“Tanahnya begitu sesuai sekali untuk diusahakan tanaman padi dan ternakan kerbau dan pembangunan pertanian pelbagai jenis tanaman seperti pisang, jagung dan sebagainya.

“Dengan itu kita akan dapat mempastikan bekalan ada dan dapat membuat satu tempat memproses dan dinaik taraf sekali gus mengangkat dan memajukan kawasan ini,” katanya pada Majlis Perasmian Anjung Usahawan Long Tuan, Trusan dan Penyerahan Cek Pampasan Tanah di sini, pada Jumaat.

Menyentuh isu pengambilan dan pembayaran pampasan tanah, Awang Tengah menegaskan kerajaan sentiasa memastikan pampasan yang dibayar adalah setimpal dengan harga semasa.

Beliau menambah sekiranya terdapat penduduk yang tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan, mereka disarankan agar untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman atau akur dengan keputusan mahkamah.

Terdahulu, majlis menyaksikan beliau menyerahkan cek pampasan tanah berjumlah lebih RM17 juta bagi enam projek iaitu jalan raya, dewan masyarakat dan menara telekomunikasi di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Pengarah NRDA, Datu Ubaidillah Latip dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa dan Sam Laya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan