Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyaksikan Majlis Menandatangan MoU antara MBKS dan Linshu City, Republic of China di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Dr Sim saran penggiat seni adaptasi kecerdasan buatan

KUCHING, 1 Dis: Pemain industri seni dan warisan di negeri ini disaran agar mengadaptasi karya-karya mereka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, teknologi AI dapat membantu para pemain industri seni dan warisan melebarkan sasaran khalayak melalui industri seni kreatif pada peringkat antarabangsa melalui pelantar digital.

Adaptasi penggunaan AI bantu kelestarian warisan | TVS

Melalui penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan secara optimum, generasi hari ini akan lebih memahami sejarah peradaban manusia terdahulu dan perkembangan budaya.

“Dua minggu lalu, CNN telah mengumumkan berkenaan dengan revolusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kehadiran teknologi kecerdasan buatan telah mengubah revolusi corak kehidupan masyarakat dunia hari ini termasuklah dalam industri seni dan budaya.

“Saya mohon agar pemain Industri seni kreatif dan warisan disaran untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan dalam penghasilan karya mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Linshu City, Republic of China di sini, hari ini.

Tambah Dr Sim, penggunaan teknologi kecerdasan buatan dapat digunakan untuk menggambar, merakam dan mereplikasi artifak sehingga warisan budaya dapat dilestari dalam bentuk digital serta mudah diakses untuk generasi akan datang.

“Kecerdasan buatan sudah sebati dalam kehidupan seharian kita dan kita harus mahir mengendalikannya.

“Sebagai pemain industri sebaiknya anda mendalami topik berkaitan kecerdasan buatan dalam mengangkat martabat industri seni kreatif dan warisan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan