Search
Close this search box.
Sarawak mencatatkan satu daripada lima kes baharu jangkitan mpox seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM). Foto hiasan, Envato.

Satu kes baharu mpox direkodkan di Sarawak – Lukanisman

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 30 Nov: Satu daripada lima kes baharu jangkitan mpox yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini berlaku di Sarawak.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni ketika dihubungi TVS sebentar tadi.

Namun menurut beliau, lokasi jangkitan kes berkenaan di Sarawak setakat ini belum dapat disahkan lagi.

KKM sahkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet

“Saya belum ada maklumat kawasan (jangkitan) berlaku…tapi disahkan ia berpunca akibat aktiviti seksual berisiko tinggi,” katanya.

Terdahulu, KKM mengesahkan lima kes baharu jangkitan mpox yang menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini sebanyak sembilan kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan kesemua kes baharu ini tiada hubung kait dengan kes sebelumnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan