Search
Close this search box.
Foto hiasan, Envato.

KKM sahkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 30 Nov: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lima kes baharu jangkitan mpox bagi tempoh 31 Oktober hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini sebanyak sembilan kes.

Kata beliau, kesemua kes baharu ini tiada hubung kait dengan kes sebelumnya.

“Kes kelima positif jangkitan mpox disahkan pada 10 November 2023, melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 29 Oktober 2023.

“Kes keenam merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun yang menunjukkan gejala pada 7 November 2023 dan disahkan pada 12 November 2023.

“Manakala, kes ketujuh merupakan kontak rapat kepada kes keenam, yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 35 tahun yang disahkan pada 12 November 2023,” katanya menerusi kenyataan media di Putrajaya hari ini.

Muhammad Radzi berkata, kes kelapan pula membabitkan seorang lelaki warga tempatan berumur 26 tahun yang mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti berisiko.

“Kes mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit otot, bengkak kelenjar dan ruam makulopapular sejak 6 November 2023 dan disahkan pada 15 November 2023,” katanya.

Kes kesembilan yang direkodkan melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 47 tahun pada 8 November 2023.

Sementara itu beliau memberitahu, kesemua kes sedang menjalani isolasi di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

“Kesemua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

“Manakala kesemua kontak bagi kes yang disahkan telah dikenal pasti dan status kesihatan mereka juga sedang dipantau,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan