Search
Close this search box.
Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis. Foto, AFP.

Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan sehari lagi

ByBernama

BAITULMAQDIS, 30 Nov: Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar Majid A-Ansari memberitahu Agensi Berita Qatar (QNA) bahawa jeda kemanusiaan itu dilanjutkan untuk tempoh sehari lagi mengikut syarat yang sama, lapor Agensi Anadolu.

Persetujuan mengenai lanjutan itu dicapai menerusi rundingan membabitkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata rundingan masih diteruskan bagi mencapai gencatan senjata yang berkekalan di wilayah berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan