Search
Close this search box.
Fadhlina Sidek menjawab soalan mengenai penempatan guru di Sarawak di Dewan Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Guru kelahiran Sarawak diutamakan bertugas di negeri sendiri

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Seramai 9,552 guru baharu yang kini dalam proses penempatan sekolah di seluruh negara juga akan ditugaskan di Sarawak bagi mengisi kekosongan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya, Suruhanjaya Pendidikan dan Kerajaan Sarawak sentiasa bekerjasama bagi mengatasi isu kekurangan guru.

“Kita mengutamakan guru kelahiran dari Sarawak. Untuk makluman, bermula Januari hingga 4 September 2023 seramai 1,337 guru telah ditempatkan di sekolah-sekolah di negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Abun Sui Anyit berkaitan kekurangan guru di Sarawak dengan memberi keutamaan kepada mereka yang lahir di negeri tersebut bagi mengelakkan masalah itu terus berulang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan