Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin (dua kanan) mendengar situasi dan taklimat semasa melawat tapak isu banjir di Taman Lopeng Baru, Miri pada hari ini. Foto:TVS.

Agensi berwajib di Miri harus cari jalan selesaikan masalah banjir

MIRI, 30 Nov: Agensi berwajib yang berkaitan diingatkan agar mencari jalan dalam tempoh sebulan ini untuk menangani masalah banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, perkara tersebut harus diutamakan sebagai persediaan untuk menghadapi musim banjir yang sudah melanda.

“Saya ingin masalah ini diselesaikan dan penyelesaian sementara dicari sebelum musim banjir kerana musim banjir sudah tiba. Saya mencadangkan semua agensi yang berkenaan memberi keutamaan untuk mencari sebarang langkah pencegahan sementara bagi sebarang banjir. Ini akan menjadi keutamaan dalam tempoh satu bulan ini.

“Baru-baru ini hanya pada satu malam, mereka menunjukkan gambar air dari longkang yang sudah sampai ke rumah. Perkara ini telah berlangsung sejak sekian lama dan kita berharap dapat menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak isu banjir di Taman Lopeng Baru, Miri di sini, hari ini.

Selain itu, Menteri Pengangkutan Sarawak itu juga menasihatkan kepada mana-mana pihak pemaju perumahan untuk memastikan sistem saliran berada dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan banjir kilat.

“Saya rasa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) mesti memberi lesen kepada perbadanan supaya semua pemaju perumahan memastikan semua saliran keluar sementara mereka mesti dibersihkan dengan baik kerana ia adalah punca banjir kilat, kemudian membanjiri kawasan itu. Pembangun juga mesti memainkan peranan. MBM perlu meletakkannya di dalam syarat di mana mereka meluluskan pelan bangunan,” ujarnya.

Lee mendedahkan berikutan terdapat taman perumahan terletak di tanah persendirian, pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan mendapatkan persetujuan dari pihak pemilik tanah terbabit sebelum memasang sistem saliran sementara di kawasan tersebut ke jalan utama.

Pada masa yang sama Lee meminta pihak MBM juga akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Miri (DID) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri bagi menyelesaikan isu yang berlaku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan