Search
Close this search box.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin. Foto, UEM Edgenta.

Untung bersih UEM Edgenta meningkat 16.2 peratus, peroleh RM28.6 juta dalam tempoh 9 bulan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 29 Nov: UEM Edgenta melaporkan pertumbuhan untung bersih yang teguh berjumlah 16.2 peratus kepada RM28.6 juta sepanjang sembilan bulan tahun ini hingga 30 September lepas.

UEM Edgenta dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertumbuhan hasil sebanyak 14.2 peratus kepada RM2.07 bilion (RM1.81 bilion 9BTK2022) melalui penyelesaian dipacu teknologi yang dipertingkatkan dan penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi, menghasilkan pengekalan pelanggan yang kukuh dalam tempoh sembilan bulan diaudit.

“Keuntungan bersih meningkat sebanyak 18.9 peratus kepada RM5.2 juta daripada RM4.4 juta pada Q3FY2022 manakala hasil meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada RM721.1 juta.

“Keuntungan tersebut dipacu oleh pelaksanaan efektif dalam kontrak semasaoleh kedua-dua Healthcare Support di Singapura dan Taiwan, dan di Property and Facility Solutions (PFS) serta peningkatan kerja turapan yang dilakukan untuk lebuh raya oleh Infrastructure Services.

“Pada akhir 30 September 2023, penyata imbangan Syarikat menunjukkan aset bersih bernilai RM1.94 sesaham, tunai dan baki bank sebanyak RM650.3 juta dan nisbah gearan (gearing ratio) sebanyak 0.31 kali,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menambah bahawa UEM Edgenta memperoleh kontrak baharu berjumlah RM1.6 bilion, sekali gus mencapai sasaran tahun penuh FY2023 Syarikat.

Mengulas keputusan kewangan terkini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata bahawa syarikatnya akan terus memperuntukkan sumber dan melabur bagi mengoptimumkan model penyampaian serta meningkatkan kecekapan operasi.

“Dalam usaha untuk bergerak ke depan, kami kekal tangkas dan responsif, memanfaatkan keupayaan digital sesuai dengan dinamik pasaran yang berkembang dan secara konsisten menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan