Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (duduk, tengah) dalam sidang media di Kuching baru -baru ini. Foto, Bernama.

Projek bandar baharu di Sebuyau, Simunjan dan Daro diteruskan – Awang Tengah

ByMarzella Sigai

KUCHING,  29 Nov: Kerajaan Sarawak akan meneruskan projek-projek yang dirancang serta sedang dalam perlaksanaan di luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini bagi memastikan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.

Jelas beliau inisiatif berkenaan membabitkan pembangunan bandar dan pekan baharu serta pusat perkhidmatan.

“Antara projek berkenaan termasuklah bandar baharu di Sebuyau, Simunjan, Daro Fasa II selain pekan baharu di Kabong, Betong.

“Selain itu terdapat juga pusat perkhidmatan di Lingga, Matu, Igan, Matadeng dan Ulu Merapok di Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan bagi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) juga akan meneruskan penyediaan infrastruktur dan pembinaan komponen lain seperti perumahan, pasar tamu, kedai mampu milik dan cottage industry dalam pembangunan bandar baharu.

“Ini termasuklah pusat perkhidmatan mengikut skop yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan anggaran kos pelaksanaan berjumlah RM207 juta,” tambahnya.

Bagi memenuhi permintaan tinggi rakyat untuk membeli rumah dengan harga yang berpatutan, Awang Tengah memaklumkan kepada Sidang DUN yang LCDA turut terlibat secara aktif dalam pembinaan rumah mampu milik dengan menggunakan kaedah Industrial Building System (IBS).

“Kilang IBS secara usahasama antara LCDA dan CTR Technology Sdn. Bhd. akan mula beroperasi pada Disember 2023 ini bagi menyokong usaha kerajaan menyediakan rumah kediaman yang mencukupi kepada rakyat Sarawak,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan