Search
Close this search box.
Acara Gala Eco-Fashion Sarawak akan diadakan di Dewan Sri Bunga Rampai pada 2 hingga 3 Disember depan. Foto: Society Atelier Sarawak

Gala Eco-Fashion Sarawak diadakan di Kuching 2-3 Disember ini

ByRegina Lee

KUCHING, 29 Nov: Pertubuhan Penggiat Kesenian dan Kraftangan Sarawak (Society Atelier Sarawak) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bakal menganjurkan acara Gala Eco-Fashion Sarawak di Dewan Sri Bunga Rampai pada 2 hingga 3 Disember depan.

Acara julung kali ini akan mengetengahkan kreativiti pereka fesyen terkemuka Sarawak dengan kerjasama artis kraf dan komuniti di pentas peragaan.

Pertunjukan fesyen gala yang dianjurkan dengan kerjasama BESarawak, Majlis Kraf Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak dan Persekutuan Pelancongan Sarawak itu turut menjadi pembuka tirai kepada ‘International Eco Fashion Week’ yang lebih besar dirancang untuk 2024.

“Sarawak berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi titik pertengahan kepada apa yang dilabelkan sebagai ‘eko-fesyen’ kerana pengeluar tekstil dan fesyen mengambil bahagian dalam arus ‘hijau’ yang didorong oleh kebimbangan global terhadap alam sekitar.

“Selain itu, rancangan sedang dibuat bagi Gala Eco-Fashion Sarawak untuk menyertai barisan Fashion Weeks terkenal seperti London Fashion Week, Milan Fashion Week, International Digital Fashion Week and New York Fashion Week,” menurut kenyataan itu.

Acara tersebut turut menampilkan kerjasama pereka fesyen dan aksesori serta komuniti dalam pertunjukan fesyen Gala Eco Fashion Sarawak termasuk Edric Ong dan Juliana Embrose; Melinda Omar dan Ngot Bi; John Ang; Tanoti; Harizan Khairder dan Danny Zulkifli; Batik Linut dan Bokyart; Smyth Wong dan Helping Hands Penan; Emil Hamlyn dan Dickson Noyen; Fabriko; UNIMAS; dan Michael Lim, Ramsay Ong dan Senia Jugi.

Barisan pereka antarabangsa termasuk Narda’s (Filipina); Aidarkhan Kaliyev (Kazakhstan); Pusat Reka Bentuk Kreatif Fabrik dan Tekstil (FTCDC) (Thailand); Hesandra oleh Fanti Nurvita (Indonesia); Aizhan Bekkulova (Kazakhstan); dan Nuansri Promjai dan Chabatik (Thailand).

Perasmian Gala Eco-Fashion Sarawak bakal disempurnakan oleh Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng yang mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sebelum ini, Society Atelier Sarawak dan Majlis Kraf Sarawak pernah menyertai Aspara Fashion Week and International Digital Fashion Week. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan