Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: TVS

DUN: Permit kajian karbon dikeluarkan bagi kaji, nilai potensi karbon biru

BySalasiah Safian

KUCHING, 29 Nov: Kerajaan Sarawak mengeluarkan satu permit kajian karbon kepada sebuah syarikat tempatan untuk melaksanakan kajian dan menilai potensi di lapangan berkaitan bagi menjalankan aktiviti karbon.

Menurut Timbalan Premier Sarawak yang juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, tiga lagi permit kajian karbon sedang dalam proses akhir merangkumi satu daripadanya melibatkan kajian karbon biru di kawasan hutan bakau.

“Karbon biru merujuk kepada karbon yang disimpan dalam ekosistem laut terutamanya oleh hutan bakau dan rumput laut.

“Ekosistem ini memainkan peranan penting dalam penyerapan dan penyimpanan kuantiti karbon dioksida yang besar dari atmosfera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, aktiviti tersebut melibatkan konservasi berkenaan dengan karbon biru amat penting untuk mengimbangkan penyerapan karbon secara konsisten di masa hadapan.

Manakala bagi aktiviti penyimpanan karbon, satu kawasan berkeluasan 1.318 juta hektar atau 3.257 juta ekar di kawasan perairan Miri-Bintulu telah diluluskan secara prinsip untuk dikeluarkan dengan Licence for Carbon Storage kepada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

“Bagi memudahcara (facilitate) aktiviti perdagangan karbon agar lebih sistematik dan teratur serta menyokong komitmen Malaysia untuk mengurangkan gas rumah hijau kepada sifar bersih (net zero) menjelang 2050, The Environment (Reduction of Greenhouse Gases Emission) Bill, 2023 telah diluluskan oleh Dewan (DUN Sarawak) yang mulia ini.

“Kerajaan Sarawak turut menjalankan kajian bertajuk Sarawak Climate Change Policy and Low Carbon Society Blueprints In Cities and Towns (Kuching, Miri, Sibu and Bintulu) bagi merangka langkah mitigasi dan adaptasi untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim (climate resilience),” ujarnya lagi.

Tambahnya, Sarawak merupakan wilayah yang pertama di Malaysia menggubal undang-undang bagi mengawal selia aktiviti karbon di wilayahnya.

Ia kata Awang Tengah melalui sektor tanah dan perhutanan yang terkandung dalam pindaan Kanun Tanah Sarawak dan Forests Ordinance yang masing-masing diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 18 dan 19 Mei 2022.

“Melalui pindaan ke atas Forests Ordinance, 2015 dan penggubalan The Forests (Forest Carbon Activity) Rules 2022, perdagangan karbon di Sarawak kini dapat dilaksanakan.

Aktiviti perdagangan karbon merupakan potensi baharu untuk menjana pendapatan dari nilai sumber hutan di Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan