Search
Close this search box.
Premier of Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Pix, TVS.

DUN: Penjawat awam Sarawak terima dua bulan gaji pokok, Disember ini

BySalasiah Safian

KUCHING, 29 Nov: Penjawat awam Sarawak akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah dua bulan gaji pokok pada Disember depan.

Khabar baik itu diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

“Perkhidmatan awam bekerjasama dengan kerajaan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Bagi menghargai jasa penjawat awam, sukacita saya bagi pihak rakan-rakan saya mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada semua anggota perkhidmatan awam Sarawak termasuk badan berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak sebanyak dua bulan gaji pokok mereka.

“Pembayaran Bantuan Khas ini akan dibuat sebelum penghujung tahun 2023,” ujarnya.

Abang Johari memberitahu seramai 28,000 anggota Perkhidmatan Awam Sarawak akan menerima Bantuan Khas Kewangan yang melibatkan anggaran perbelanjaan dan implikasi kewangan sebanyak RM172 juta.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM600 juga diberikan kepada semua penjawat Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sepanjang tahun 2023 ini.

“Kita juga tidak melupakan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah bersama sama berganding bahu dan menyumbang kepada usaha pembangunan sosioekonomi Sarawak sepanjang tahun ini.

“Mereka terdiri daripada lebih kurang seramai 130,000 anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, termasuk Badan Beruniform, Anggota Keselamatan dan Badan Berkanun Persekutuan yang tertentu,” ujarnya lagi.

Menurut Abang Johari yang menjangkakan ia melibatkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM78 juta dan akan dibayar pada awal tahun hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan