Search
Close this search box.
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi menerima cenderamata daripada pihak Majlis Islam Sarawak. Foto: TVS

Pendekatan baharu diambil untuk tingkatkan tatakelola Jabatan Audit Negara

KUCHING, 28 Nov: Beberapa pendekatan baharu bakal diambil bermula tahun hadapan bagi meningkatkan tatakelola Jabatan Audit Negara.

Menurut Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, lantikan jawatankuasa dan laporan audit akan dirumuskan bersama Setiausaha Perbendaharaan serta ketua-ketua agensi yang lain bermula tahun hadapan.

Katanya, sekiranya ada tindakan susulan dibuat maka pihaknya akan membuat laporan kepada pihak atasan, perkara tersebut dilakukan bertujuan untuk memperkasakan lagi jawatankuasa susulan daripada yang sebelum ini sentiasa dipengerusikan Ketua Audit Negara.

“Mulai tahun hadapan, ada beberapa pendekatan baharu yang akan diambil iaitu laporan dan lantikan akan kita rumuskan bersama Setiausaha Perbendaharaan serta ketua-ketua agensi,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Sijil di sini, hari ini.

Selain itu, status sijil-sijil yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara juga akan dimasukkan dalam audit bagi mempertingkatkan serta meneruskan tatakelola yang terbaik dalam pengurusan kewangannya selaras dengan peraturan kewangan.

“Kita akan memasukkan juga di bawah status sijil-sijil yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara.

“Jadi semua entiti yang ini diaudit adalah satu pendekatan untuk mempertingkatkan tatakelola dan pengurusan bagi penemuan audit juga di bawah audit agama Islam,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan