Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Ops Tapis: Dua wanita antara 10 individu diberkas di Limbang

LIMBANG, 28 Nov: Dua wanita antara sepuluh individu yang diberkas dalam Ops Tapis Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Siri 5 yang dijalankan sepanjang tiga hari bermula 20 hingga 22 November lepas di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, operasi yang dijalankan serentak di seluruh negeri itu berjaya melakukan enam serbuan dan 14 pemeriksaan di beberapa lokasi termasuk lubuk panas aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah itu.

“Hasil serbuan yang dijalankan seramai 10 individu telah ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dadah jenis syabu bernilai RM1,000 berjaya dirampas.

“Jumlah syabu yang dirampas adalah dianggarkan seberat 5.25 gram dan boleh digunakan oleh seramai 26 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Parum, dalam tangkapan tersebut empat individu ditangkap di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan enam individu lagi ditangkap di bawah Sekysyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Hasil ujian awal saringan air kencing ke atas 10 individu tersebut didapati kesemua positif dadah.

“Manakala dua perempuan daripada 10 individu yang ditahan, telah dituduh di Mahkamah Majistret Limbang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun oleh Majistret Limbang,” katanya.

Tegas Parum, pihak polis terutamanya JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang amat serius dalam misi membanteras jenayah dadah dalam menjaga keamanan negara dan kesejahteraan masyarakat.

“Saya berharap orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada pihak polis.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Limbang di talian 085-211466 atau Hotline Polis Sarawak di talian 08-2245 522 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan