Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat membangunkan usahawan desa dalam kategori PICO untuk beralih kepada kategori NANO dan MIKRO. Foto hiasan, Envato.

DUN: Sarawak berjaya jadi tuan rumah bagi 96 acara perniagaan bernilai RM339.7 juta

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 28 Nov: Sarawak telah berjaya menjadi tuan rumah dalam 96 acara perniagaan daripada sasaran 107 acara yang bernilai RM339.7 juta.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keseluruhan acara berkenaan telah memberi impak ekonomi dengan belanja peserta berjumlah RM184.6 juta dan cukai adalah RM20.3 juta.

Menurut beliau kesemua 96 acara perniagaan itu turut menyumbang kepada 26,963 peluang pekerjaan, jumlah impak sebanyak 318.

“Antara acara perniagaan yang telah dijalankan pada tahun ini ialah Persidangan Tahunan Persatuan Penilaian Impak Antarabangsa (IAIA) 2023, 700 peserta (8hb-11hb Mei 2023), Persidangan 24 Asia-Australasia Radiografi (AACRT) 2023, 1,000 peserta (11hb-13hb Ogos 2023), Kongres Persatuan Primatologi Antarabangsa 2023, 1,200 peserta (19hb-25hb Ogos 2023), Kongres Sedunia Ke-27 tentang Inovasi dan Teknologi 2023 (WCIT 2023), 3,000 peserta, pameran, dan pelawat (4hb-6hb Oktober 2023) dan Kongres Ke-12 Persatuan Pasifik Asia mengenai Trombosis dan Hemostasis 2023, 1,000 peserta (18hb-21hb Oktober 2023),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada hari ketujuh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut meberitahu bahawa Business Event Sarawak telah menganjurkan 90 acara daripada 100 acara disasarkan.

“Ini bernilai RM336.8 juta dalam impak ekonomi keseluruhan; dengan belanja peserta sebanyak RM183.1 juta, dan cukai sebanyak RM20.2 juta, mencipta 26,732 peluang pekerjaan di Sarawak.

“Semua 90 acara dianjurkan ini mempunyai potensi untuk membangunkan jumlah impak sebanyak 411, dan impak ini berusaha mencapai PCDS 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs),” ujarnya.

Antara acara yang telah dianjurkan oleh Business Events Sarawak adalah Persidangan Karbon Asia 2023 (ACC 2023), dengan anggaran 400 peserta (14hb-16hb Mac 2023), Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024, dengan anggaran 5,000 peserta, pameran, dan pelawat (11hb-13hb Jun 2024) dan Kongres Sedunia Persatuan Air Antarabangsa dan Pameran Air 2028 (IWA 2028), dengan anggaran 10,000 peserta, pameran, dan pelawat (September 2028).

Tambahnya lagi, Tribe Legacy Sarawak juga berjaya mencapai banyak kejayaan di bawah Tribe Legacy Sarawak acara perniagaan kempen.

Pada 12 May 2023, dedahnya lagi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan bahawa Sarawak menjadi negeri pertama dalam menjadi ibu pejabat warisan acara perniagaan di Malaysia dan di seluruh Borneo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan