Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto, Envato.

DUN: 104,804 anak Sarawak kini miliki akaun EFS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 28 Nov: Seramai 104,804 anak Sarawak kini mempunyai akaun Endowment Fund Sarawak (EFS) sejak pelaksanaannya pada 1 Januari 2019 hingga 31 Oktober 2023.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM104.8 juta.

Menurutnya, program ‘Simpan untuk Masa Depan Emas’ atau menabung untuk masa depan juga selaras dengan EFS yang dilaksanakan bagi memastikan setiap anak Sarawak mempunyai simpanan apabila mencapai umur 18 tahun.

“Program ‘Simpan untuk Masa Depan Emas’ yang mula dilaksanakan SeDidik pada 1 Mei 2023 meningkatkan kesedaran ibu bapa dan kanak-kanak tentang pentingnya menabung.

“Simpanan kanak-kanak menunjukkan peningkatan daripada RM62,644 pada 26 Jun 2023, melibatkan 2,487 kanak-kanak di 91 Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK), kepada RM226,015 pada 31 Oktober 2023 (melibatkan 2,587 kanak-kanak di 100 IPAKK),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengenai Subsidi Yuran Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak bermula tahun 2023, Fatimah berkata, seramai 1,848 kanak-kanak sudah mendapat manfaat daripada subsidi yuran ini, yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1.75 juta.

Inisiatif ini katanya, akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta yang dianggarkan memberi manfaat kepada 2,500 kanak-kanak.

“Selain daripada meringankan bebanan kewangan ibu bapa, inisiatif ini juga adalah untuk menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke IPAKK berdaftar demi kebajikan dan keselamatan anak-anak,” katanya.

Menyentuh mengenai inisiatif Kenyalang Gold Card (KGC) Fatimah berkata, sejak 2020, 269,777 warga emas di Sarawak merupakan pemegang kad tersebut.

Jelasnya, angka ini termasuk 13,984 yang telah mendaftar semasa Jerayawara Pameran Digital 60 Tahun Kemerdekaan Sarawak.

“Setakat hari ini, 484 rakan kongsi strategik dan peniaga menyediakan faedah dalam bentuk diskaun, keahlian dan keistimewaan lain kepada pemegang kad itu,” katanya.

Beliau menambah, sejumlah 15,285 waris kepada pemegang KGC yang telah meninggal dunia menerima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) berjumlah RM45.86 juta.

Dalam pada itu, Fatimah berkata, kerajaan telah membelanjakan RM99,563,500 untuk membantu 20,512 penerima menerusi skim Bantuan Warga Emas (BWE). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan