Search
Close this search box.
Dato Sri Naroden Majais menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama antara Global Farm Biotech Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Kewangan, Zamri Idrus (kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Skim Lubuk Teranggas, Sabdun Jamahari (Kiri) bagi projek pengeluaran benih padi di Kuching pada hari ini. Foto, TVS.

Padi hibrid: Gedong bakal menjadi hab utama pengeluar benih seluruh negeri

KUCHING, 27 Nov: Seluas 200 ekar tanah di Gedong bakal menjadi hamparan tapak semaian benih padi hibrid di kawasan berkenaan.

Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Dato Sri Naroden Majais optimis inisiatif berkenaan akan menjadikan Gedong sebagai hab utama pengeluar benih padi hibrid sekali gus menjadi pembekal kepada petani di seluruh negeri.

“Ini adalah persiapan awal Sarawak untuk menjadi sebuah wilayah yang mampu mengeluarkan beras bagi kegunaan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar-pengeluar beras dari luar Sarawak, seperti yang telah disarankan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg,” katanya.

Beliau, yang juga Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) berkata demikian pada sidang media di pejabatnya selepas Majlis Menandatangani perjanjian sewa tanah di Teranggas, Gedong di antara Jawatankuasa Tanah Teranggas Gedong yang mewakili pemilik-pemilik tanah di sana dipunyai oleh wakil dan pelabur yang akan mengusahakan tanah tersebut di sini, pada Isnin.

“Dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi di Sarawak, kita telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Benih Padi Hybrid 538 menerusi pengeluar benih padi Global Tech Farm daripada Semenanjung,” ujarnya.

Naroden menambah tanah seluas 200 ekar itu bakal mengeluarkan benih dengan tiga musim yakni, dua kali setengah untuk satu tahun serta kita harapkan satu hektar dapat mengeluarkan kira-kira lapan tan padi manakala tiga musim iaitu 24 tan untuk satu hektar.

“Dengan contoh plot yang kita laksanakan di Lubok Punggor, Insya-Allah, ia boleh mengeluar lapan tan satu hektar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu benih padi hibrid akan dibekalkan kepada petani menerusi kaedah Kontrak Pertanian iaitu merangkumi mereka mengusaha tanah tersebut dan menjualbalik hasil tanaman mereka kepada syarikat berkenaan.

“Adalah menjadi keutamaan bagi Kerajaan Sarawak untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang lebih luas bagi penanaman padi hybrid ini secara komersial.

“Beberapa kawasan sudah dikenalpasti adalah Tanjung Bijat, Tanjung Purun (Lundu) dan Kampung Spaoh dan berkemungkinan kita boleh menerokai di lembah Limbang dan sebagainnya,” jelasnya.

Naroden menambah kerajaan negeri turut menyasarkan seluas 10,000 hektar untuk tujuan tersebut dan 15,000 hingga 20,000 hektar agar Sarawak boleh mencapai sasaran untuk menjadi 100 peratus wilayah yang mengeluarkan beras tempatan sendiri tanpa bergantung kepada sumber-sumber yang lain.

“Benih padi hibrid 538 ini adalah milik Sarawak dan oleh kerana ianya adalah ilham Premier Sarawak, Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, kita berikan penghormatan kepada beliau supaya menamakan benih padi hibrid dan beras hibrid tersebut secara rasmi,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan