Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab mendengar taklimat pasukan keselamatan di Jeti Kampung Berangan pada petang Ahad. Foto: UKAS

Nelayan sungai dan pesisir pantai jangan abai aspek keselamatan

MUKAH, 27 Nov: Nelayan sungai dan pesisir pantai diingatkan supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan sepanjang musim tengkujuh bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab yang memberitahu antara langkah keselamatan tambahan yang perlu diambil adalah keluar secara berkumpulan atau menangguhkan operasi sehingga keadaan benar-benar selamat.

Pada masa yang sama katanya, mereka juga sentiasa memastikan keadaan bot dalam keadaan baik selain menggunakan kelengkapan keselamatan.

“Jika boleh jangan keluar ke sungai atau laut berseorangan. Bawalah rakan dan teman kerana mereka boleh membantu ketika kita dalam kesusahan.

“Dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang ini, sebarang kemungkinan boleh berlaku justeru sebelum musibah menimpa, lebih baik dielakkan. Saya berharap nelayan, pemancing atau mereka yang mencari hasil di tepi sungai berhati-hati, guna alat keselamatan diri,” katanya kepada media, petang semalam.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan perkembangan Ops Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang masih dilaporkan hilang selepas keluar mencari kayu bakau di Batang Paloh, sejak Rabu lalu.

Tegasnya, perbuatan turun ke sungai atau laut tanpa mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan, boleh mengundang kejadian tidak diingini memandangkan sebelum ini, ada dalam kalangan mereka berdepan detik mencemaskan.

Mangsa, Beliang Ajah, 53, dipercayai ke kawasan yang kira-kira 30 minit perjalanan bot dari Rumah Panjang Berangan itu seorang diri sebelum dilaporkan tidak kembali ke rumahnya.

Dalam lawatan singkat itu, Yusuf berkesempatan mendengar taklimat pasukan keselamatan sebelum menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga mangsa dan pasukan SAR melalui Penghulu Ubi Gudol. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan