Search
Close this search box.
Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyerahkan momento kepada delegasi Pegawai Penasihat Bandar Perbandaran Hualien, Taiwan, Lim Chin Shih pada Majlis Anugerah Datuk Bandar Bandaraya Miri 2022/2023 malam tadi. Foto: TVS

MBM rai penyumbang pembangunan Bandaraya Miri

MIRI, 27 Nov: Majlis Bandaraya Miri (MBM) meraikan dan memberi penghargaan kepada para penyumbang yang terdiri daripada individu dan organisasi yang bersama-sama terlibat dalam pembangunan Bandaraya Miri.

Datuk Bandar MBM, Adam Yii Siew Sang berkata, para penyumbang tersebut memenuhi antara 17 elemen utama Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) lantas memenuhi Visi Bandaraya Miri menjadi Bandaraya Peranginan Hijau, Pintar dan Antarabangsa Paling Boleh Didiami menjelang Tahun 2030.

“Kriteria pemilihan penerima yang berjaya berdasarkan rujukan kepada 17 elemen utama Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Ia juga berdasarkan sejajar dengan visi Bandaraya Miri kita iaitu Bandaraya Miri berazam untuk menjadi bandaraya peranginan hijau, pintar dan antarabangsa paling boleh didiami menjelang tahun 2030,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Datuk Bandar Bandaraya Miri 2022/2023 malam tadi.

Tambahnya, pihak MBM juga akan terus mengenal pasti ramai individu dan organisasi yang menyumbang kepada pembangunan Bandaraya Miri secara berterusan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada penerima dan salam hormat kami kepada mereka dan semua yang terbaik dalam usaha berterusan mereka. Pihak MBM akan terus mengenal pasti individu dan organisasi atas sumbangan mereka kepada pembangunan Bandaraya Miri. Senarai penerima akan terus meningkat sejajar dengan pertumbuhan berterusan Bandaraya Miri,” ujarnya lagi.

Beliau berharap dengan mengiktiraf lebih ramai penduduk dan organisasi yang memberikan sumbangan dan usaha yang signifikan kepada Bandaraya Miri melalui tindakan perkhidmatan dan dedikasi, ia akan menggalakkan lebih ramai komuniti untuk terlibat secara sukarela dan terus mengekalkan dan memelihara visi Bandaraya Miri.

Sebanyak 13 kategori anugerah disampaikan di dalam majlis tersebut termasuk anugerah tertinggi iaitu Anugerah Istimewa Datuk Bandar Bandaraya Miri yang disampaikan kepada Dato Prof Dr. Lau Siu Wai, Pengerusi Eksekutif Miri Housing Group. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan