Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. Foto TVS.

DUN: KUTS Fasa 1 kini 14.43 peratus siap

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Nov: Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1 kini mencapai 14.43 peratus siap, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Pada masa sama, Lee mendedahkan kemajuan Depoh Rembus kini juga berada pada 33.54 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2024.

“Perbelanjaan modal mencecah RM403.43 juta dan ini mencerminkan komitmen kewangan untuk memajukan projek transformatif ini,” kata Lee dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Isnin.

Beliau menambah beberapa tender projek KUTS Fasa 1 berada dalam pelbagai peringkat manakala tender Depoh Rembus telah ditutup pada September.

“Sementara itu, tender bagi Pakej Laluan Merah 1, termasuk skop kerja bagi laluan ART, stesen-stesen, sistem dan kerja-kerja utiliti dari Kuching Sentral ke Pending telah ditutup pada Oktober 2023,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lee mendedahkan ujian kejuruteraan ART di Isthmus telah berakhir pada 5 November berkaitan kenderaan prototaip ART kemudiannya dipindahkan ke Samarahan untuk meneruskan latihan pembuktian konsep (POC) yang bermula pada 20 November lalu.

Latihan POC di laluan khas sepanjang 2.6 kilometer di Lebuhraya Kuching-Samarahan dijangka tamat akhir tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan