Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kanowit melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Lijah ak Lambong (gambar kiri) yang hilang sejak Jumaat. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Wanita dikhuatiri hilang selepas buang sampah

BySafri Ali

KANOWIT, 26 Nov: Seorang wanita dikhuatiri hilang selepas membuang sampah di tebingan sungai Batang Rajang, Rumah Man Nanga Dap di sini, kelmarin.

Lijah ak Lambong,58, yang difahamkan mempunyai masalah pendengaran keluar membuang sampah pada Jumaat dan masih belum balik hingga hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.14 petang semalam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit bersama lima anggota ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikatakan keluar rumah membuang sampah sekitar jam 12 tengah hari Jumaat.

“Mangsa tidak pulang ke rumah sehinggalah sekitar jam 5 petang hari yang sama,  suami bersama ahli keluarga keluar untuk mencari mangsa, namun masih gagal dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suami mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit akan kehilangan mangsa untuk tindakan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 3.57 petang semalam.

Sehingga kini, mangsa masih belum dijumpai dan operasi SAR masih dilakukan.

Berita lanjut menyusul.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan