Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menerima cenderahati daripada wakil New York Detox And Spa di Kuching. Foto: Peter Lai

New York Detox and Spa komited pastikan pelanggan terima rawatan regeneratif terbaik

KUCHING, 26 Nov: New York Detox and Spa (NYDS) yang baharu dirasmikan di bandar raya ini komited untuk menyediakan rawatan regeneratif holistik kepada pelanggan.

NYDS menawarkan kaedah rawatan regeneratif serta bekerjasama dengan pakar dan penyelidik perubatan regeneratif antarabangsa, kata Penasihat Teknikal NYDS, Prof Dato Sri Dr. Mike K.S Chan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raymond Goh pula berkata, NYDS meneraju rawatan regeneratif pertama di Kuching, Sarawak.

NYDS yang baharu dirasmikan di Kuching menyediakan rawatan regeneratif holistik kepada pelanggan.

NYDS memiliki kepakaran seperti doktor bertauliah serta peralatan teknologi moden seperti Bemer, Infrared Heat Therapy, Hydrotherapy, Halotherapy dan Negative Ion Energizer.

NYDS lebih fokus kepada pencegahan kesihatan kronik seperti kencing manis, kolesterol, insomnia, masalah kulit, sakit jantung, kerosakan buah pinggang dan lain-lain.

Pakar-pakar regeneratif NYDS termasuklah Dr. Tan Lean Sim dan Dr. Stephanie Ann Sardar memiliki berpengalaman luas dalam rawatan berkenaan dan ingin memperluaskan konsep rawatan itu di Sarawak.

Majlis pelancaran semalam dihadiri oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dan serta Dr. Mike Chan.

NYDS merancang untuk membuka cawangan baharu pada masa yang akan datang di Miri, Sibu dan Bintulu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 0189770998 atau layari www.newyorkpulsecity.com -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan