Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Pengurus Besar LKTS, Denys Antas ketika memberikan ucapan dan membentangkan perancangan masa hadapan LKTS. Foto: TVS

LKTS sediakan pelan perancangan masa hadapan, bina ekuiti kewangan

KUCHING, 26 Nov: Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) menyediakan beberapa pelan perancangan masa hadapan bagi memastikan kelangsungan dan pembangunanan lembaga itu yang akan dimulakan pada tahun 2024

Mengulas mengenai perancangan itu Pemangku Pengurus Besar LKTS Denys Antas berkata, antara yang bakal diberikan tumpuan adalah untuk membina ekuiti kewangan bagi lembaga itu.

Menurutnya, menerusi perbincangan pelan transformasi bersama kakitangan LKTS di Hotel UCSI pada 25 Oktober lalu, beberapa isu dan langkah untuk menanganinya telah dikenal pasti

“Isu utama LKTS dalam mendepani tahun mendatang adalah untuk memberikan fokus mencari, mencipta perniagaan teras LKTS. Perniagaan teras ini akan membina kelangsungan pendapatan yang dipercayai boleh memberikan sokongan (kewangan) pada masa hadapan.

“Tanpanya (perniagaan teras), ia akan menjadi kesukaran pada LKTS kerana pada masa kini sebanyak 66 peratus dari pendapatan kita datangnya dari aktiviti perbendaharaan di mana ia tidak stabil,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Tahunan LKTS di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Katanya, antara perniagaan teras yang dicadangkan adalah memiliki dan menguruskan ladang ternakan ayam dan itik, kebun bunga dan ladang sayuran.

“Turut dicadangkan satu jalinan kerjasama dengan syarikat besar yang terlibat dalam sektor perladangan ternakan moden, kelapa, lada dan ladang kopi.

“Ia termasuk mengurus dan mengoperasi kemudahan milik kerajaan seperti Tanaman Agro, Tanaman Pintar dan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CCPC),” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan