Search
Close this search box.
ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman disaksikan Datuk Bandar DBKU, Hilmy Othman menyempurnakan gimik perasmian Majlis Malam Mesra Deepavali 2023 di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa, Gita Kuching malam tadi. Foto: TVS

DBKU teliti jadikan sambutan perayaan Deepavali acara tahunan

KUCHING, 26 Nov: Kejiranan Mesra (KJM) Gita 1 dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gita Laut, Gita Tengah, Taman Fitrah dan Komuniti India Kuching mengadakan Majlis Malam Mesra Deepavali 2023 yang julung kali diadakan.

Walaupun memiliki kelompok komuniti yang minoriti di Kuching, namun sambutan perayaan Deepavali bagi penganut agama Hindu tetap diraikan dalam suasana yang cukup meriah.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman dalam ucapannya berkata, beliau akan meneliti bersama pihak pengurusan untuk menjadikan sambutan perayaan Deepavali ini sebagai salah satu acara sambutan tahunan.

Pengerusi Kejiranan Mesra Gita 1, Anita Mohamed menyampaikan cenderamata kepada Datuk Bandar DBKU, Hilmy Othman pada Majlis Malam Mesra Deepavali 2023 di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa, Gita Kuching malam tadi. Foto: TVS

“Permintaan ahli jawatankuasa khususnya Kejiranan Mesra (KJM) peringkat gabungan Tupong, saya akan berbincang dengan pengurusan DBKU supaya sambutan perayaan Deepavali ini boleh diadakan sebagai acara tahunan,” katanya semasa berucap di Dewan Serbaguna Kampung Pinang Jawa, Gita Kuching malam tadi.

Jelas beliau, sambutan perayaan berbilang kaum dan agama ini sebagai tanda perpaduan dalam masyarakat khususnya di negeri Sarawak.

“Walaupun di Sarawak terdiri dengan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama, setiap perayaan disambut oleh semua masyarakat. Inilah yang dinamakan Kuching Bandaraya Perpaduan di mana perpaduan antara seluruh masyarakat adalah satu tunjang kejayaan kepada agenda pembangunan di bandar Kuching yang kita sayangi ini.

“Oleh itu, marilah kita meraikan pelbagai budaya di Sarawak ini bersama-sama bagi mengukuhkan perpaduan di samping memupuk persefahaman antara satu sama lain,” katanya.

Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dan Pengerusi Kejiranan Mesra Gita 1, Anita Mohamed. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan