Search
Close this search box.
Lelaki warga Nepal ditahan polis selpas cuba menculik seorang budak perempuan di hadapan sebuah kedai makan di pekan Jeniang, Gurun dekat sini hari ini. Foto, PDRM.

Budak perempuan 3 tahun cuba diculik lelaki warga asing kelaparan

SUNGAI PETANI, 26 Nov: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila cuba diculik seorang lelaki warga Nepal yang sedang kelaparan di Pekan Jeniang, Gurun dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi tadi berlaku di hadapan sebuah kedai makan apabila suspek menghampiri mangsa yang ditinggalkan bersendirian di dalam raga motosikal.

Katanya, bapa mangsa meletakkan motosikal di tepi jalan untuk membayar tempahan roti canai dalam jarak kira-kira enam meter sebelum dihampiri suspek.

“Suspek berusia 26 tahun mendukung mangsa dan dia mengundur beberapa langkah sambil mengacukan pisau di leher budak itu.

“Suspek bercakap dalam bahasa tidak difahami (dipercayai bahasa Nepal) seperti meminta wang untuk makan kepada bapa mangsa.

“Mangsa berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di situ,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Zaidy berkata, siasatan lanjut mendapati suspek yang bekerja kilang di Sungai Lalang telah melarikan diri dari majikannya pada 8 November kerana tekanan kerja.

“Dia yang memasuki negara ini sejak sebulan lalu mendakwa bertindak demikian kerana terlalu tertekan dan kelaparan kerana sudah beberapa hari tidak makan.

“Polis turut merampas sebilah pisau berukuran 22 sentimeter daripada suspek dan dia dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan