Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng menyampaikan Anugerah Pilihan Pengguna 2023 Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak kepada salah satu syarikat yang terpilih. Foto: TVS

Beri khidmat terbaik, berkualiti kepada pengguna

KUCHING, 26 Nov: Sektor perniagaan disaran terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dalam memastikan kesinambungan perniagaan untuk masa depan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata, pengekalan standard perkhidmatan memainkan peranan penting bagi setiap organisasi terutama premis perniagaan.

Tanpa pengguna, katanya, maka tiada perniagaan yang merupakan kitaran kepercayaan antara pelanggan dan peniaga.

“Di peringkat MBKS, ia adalah prinsip dan panduan kami menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Kami memandang serius perkara ini, begitu juga organisasi perniagaan di luar sana, kerjasama pelanggan dan peniaga amat penting, adalah menjadi penghormatan untuk terus berusaha mencapai standard terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Malam Anugerah Pilihan Pengguna 2023 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Nasional (MTPN) di Grand Riverine di sini, malam tadi.

Anugerah tersebut katanya, bertujuan mempromosikan kecemerlangan perniagaan di Malaysia sekali gus membantu pengguna mengenal pasti organisasi serta mendidik peniaga tentang kepentingan hubungan dan kerjasama dengan pengguna.

“Diharapkan kejayaan pemenang anugerah akan terus menjadi contoh kepada usahawan tempatan atau antarabangsa yang lain.

“Kejayaan anda juga menunjukkan laluan perjalanan yang betul untuk meletakkan hala tuju perniagaan Malaysia di tahap yang berkualiti,” katanya.

Tegasnya, perkhidmatan yang berkualiti dicapai menerusi usaha konsisten berterusan melalui standard dan dedikasi.

Untuk rekod, sebanyak 63 syarikat tempatan Sarawak menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Pilihan Pengguna 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan