KUD @ Putrajaya 2023 lepasi sasaran jualan, pengunjung – Rubiah

PUTRAJAYA, 26 Nov: Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 telah melepasi sasaran transaksi jualan secara tunai, padanan perniagaan dan tempahan dengan capaian berjumlah RM12.5 juta pada hari terakhir penganjurannya, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.