Search
Close this search box.
Wartawan dan jurukamera TVS yang meraih kejayaan pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023 edisi ke-35 di Miri, malam ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

TVS rangkul lima emas pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang

ByAkma Salleh

MIRI, 25 Nov: Hasil karya wartawan dan jurukamera TVS berjaya menambat hati para juri apabila merangkul lima anugerah emas pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023 edisi ke-35 yang diadakan di sini, malam tadi.

Kemenangan itu diraih menerusi Kategori Kewartawanan Penyiaran menerusi karya wartawan Nurul Nur Akmal Mohamad Salleh dan jurukamera Za’im Zharfan Zanawi menerusi laporan Siri 1: Kejaman di ambang kepupusan, Siri 2: Kisah empat malam bakal suami isteri Kejaman, Siri 3: Tarian Suwei antara tarian tertua di Sarawak, Siri 4: Misteri Batu Tului, Salong dan Kelirieng di Long Segaham, Siri 5: Bahasa di angkat, bangsa di julang.

TVS cemerlang, rangkul 13 Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023

Bagi kategori Kewartawanan Kelestarian pula dirangkul wartawan Odleen Catherny dan jurukamera Awang Azmil Awang Ahmad menerusi laporan ‘Sarawak Coast Guard tingkat pengawasan perairan Sarawak’ dan ‘Sarawak Coast Guard merentas samudera pikul amanah’.

Kategori Kewartawanan Bisnes dan Ekonomi pula dimenangi wartawan Hafeezzur Muzamir dan Awang Azmil Awang Ahmad dengan tajuk laporan khas (Siri 1: The Flying helicopter Sarawak jana pendapatan lumayan, Siri 2: Buah Engkabang Kaya Manfaat, dan Siri 3: Buah Engkabang ruji ikan termahal Malaysia).

Anugerah emas kategori Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti pula dirangkul wartawan Febbright James dan jurukamera Aziz Soleh menerusi laporan khas (Siri 1: Perjuangan cikgu pedalaman, Siri 2: Lebih RM28 juta naik taraf jalan ke SK Nanga Menjuau).

Dalam masa sama, TVS turut merangkul lima perak dan enam gangsa pada anugerah tersebut.

Pemenang tempat pertama membawa pulang RM3,000, tempat kedua RM2,000 manakala tempat ketiga RM1,000 bagi semua kategori.

Hadiah disampaikan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan