Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar bersama para pekebun kecil selepas selesai Program Pemulihan Kebun Koko di Kampung Serpan Laut, di Asajaya, hari ini. Foto: Teo Chi Wei (TVS).
Datuk Seri Fadillah Yusof dan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama para pekebun kecil selepas selesai Program Pemulihan Kebun Koko di Kampung Serpan Laut, Asajaya, hari ini. Foto: Teo Chi Wei (TVS).

Kaedah kiraan cukai jualan terhadap minyak kelapa sawit untuk pekebun kecil akan dibincang

ByAhmad Burhanuddin

ASAJAYA, 25 Nov: Kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bakal mengadakan perbincangan mengenai kaedah pengiraan cukai jualan bagi kelapa sawit yang dikenakan kepada pekebun kecil dalam usaha mengurangkan beban golongan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara yang dibangkitkan itu mempunyai hubung kait rapat dengan kaedah pengiraan cukai jualan yang sepatutnya dikenakan ke atas minyak kelapa sawit sudah diproses.

Fadilah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, sebahagian perbincangan tersebut juga melibatkan kerajaan negeri kerana terdapat cukai jualan yang turut dikenakan oleh pihak kerajaan negeri.

“Sebab itulah mereka (pekebun kecil) merayu supaya dipertimbangkan agar cukai tersebut sepatutnya dikenakan ke atas minyak yang sudah diproses untuk dieksport dan dijual,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai Program Pemulihan Kebun Koko di Kampung Serpan Laut, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Dr Ramle Kasin.

Sementara itu, mengulas mengenai hasil perbincangan bersama pekebun kecil, kata Fadillah, antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan hak percukaian, bantuan dari segi input pertanian seperti baja dan racun, menambah lebih banyak pusat timbangan dan bantuan dari segi sokongan teknikal serta khidmat nasihat.

“Contohnya, jika tanaman koko hendak dihidupkan semula di kawasan ini, sudah pasti mereka memerlukan banyak sokongan dari segi teknikal.

“Oleh itu, kita bawa semua agensi turun untuk membantu mereka dari segi khidmat teknikal dan sokongan dari segi kewangan, yang mana jika borang permohonan telah diisi, Insya-Allah akan diluluskan kerana memang ada peruntukan khusus untuk menghidupkan lagi tanaman koko di negara kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan