Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri sesi sidang media Global Muslim Business Forum 2023 di Dewan Undangan Negeri DUN) Sarawak hari ini. Foto: Muhd Nadhir Azfar (TVS)

Sarawak tuan rumah Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 28-30 November ini

KUCHING, 24 Nov: Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) edisi kedua akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) mulai 28 hingga 30 November ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, forum antarabangsa berkenaan akan dihadiri tetamu jemputan terkemuka termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Presiden Indonesia, Prof Dr. Kyai Ma’ruf Amin.

Sarawak tuan rumah GMBF edisi kedua | TVS

Ujar Awang Tengah, forum tersebut bertemakan ‘Inovasi dan Transformasi Dalam Ekonomi Islam’.

“GMBF 2023 akan menampilkan ucaptama pemimpin negara iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Gala.

“Forum ini bertujuan untuk menjadi hab pengetahuan bagi kerajaan, syarikat dan masyarakat awam untuk meneroka amalan terbaik dan inovatif dalam pelbagai domain seperti kewangan Islam, teknologi hijau dan pertanian,” katanya ketika mengadakan sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Menurutnya, forum itu antara lain bertujuan untuk merapatkan dunia Islam dengan menjalin hubungan dan perkongsian yang lebih kukuh, khususnya di Timur Tengah, Asia dan seluruh dunia.

Katanya, ia bagi menggalakkan inisiatif dan program berorientasikan hasil berasaskan nilai untuk impak sosial dan ekonomi bagi pembasmian kemiskinan dan mempromosi keusahawanan sosial dan usaha perniagaan.

“Forum itu juga bertujuan menggalakkan pelaburan di negara-negara Islam dengan meneroka peluang pertumbuhan baharu dan membuka potensi penuh sumber dan pasaran yang belum diterokai,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Â