Search
Close this search box.
PC Image mengadakan jualan PC Image X Lenovo Day yang bermula 24 hingga 26 November ini.

PC Image X Lenovo Day tawar promosi hebat

KUCHING, 24 Nov: PC Image mengadakan jualan PC Image X Lenovo Day yang bermula 24 hingga 26 November ini.

Penolong Pengurus PC Image Cawangan Wisma Saberkas, Marcus Lee Kah Hui berkata pelbagai variasi model komputer riba, tablet, monitor dan aksesori Lenovo yang ditawarkan mengikut keperluan pelanggan sama ada untuk kegunaan harian, bekerja dan permainan video.

PC Image X Lenovo Day, jualan promosi tiga hari | TVS

Jualan berkenaan turut menawarkan diskaun komputer riba sehingga RM700.

Selain itu, setiap pembelian resit bernilai RM500 dan ke atas juga melayakkan pembeli menyertai ‘spin, save and win’ yang menawarkan hadiah utama sebuah komputer riba Lenovo bernilai RM4,000, mesin pencetak dan barangan aksesori elektronik percuma seperti ‘powerbank’ dan wayar pengecas.

Menurutnya, pelanggan produk Lenovo berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM7,625 selain berpeluang menyertai cabutan bertuah.

“Jika anda membeli ‘AMD Powered Laptop’ anda boleh dapatkan RM10 dan RM50 baucar pembelian. Pelbagai hadiah menarik kami tawarkan. Tawaran ini terdapat di PC Image seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Bagi pelanggan komputer riba dengan AMD Ryzen, mereka bakal menerima baucar pembelian bernilai RM10 dan RM50 tertakluk kepada syarat.

Sementara itu, seorang pelanggan, Aida Adira berkata beliau berharap promosi seperti ini wajar diadakan selalu kerana produk Lenovo mempunyai banyak pilihan.

“Bagi saya, jenama Lenovo ini jenama yang baik kerana saya pun ada menggunakan gajet jenama Lenovo. Saya dengar banyak promosi yang ditawarkan sempena PC Image X Lenovo Day ini.

“Ada ‘spin, save and win’ untuk cabutan bertuah. Saya berharap akan ada lebih banyak lagi promosi pada masa akan datang,” ujarnya.

Flora Grace pula berkata tawaran yang diberikan PC Image adalah sangat berbaloi terutama mereka yang berdaftar sebagai ahli PC Image Elite Club kerana menawarkan banyak diskaun.

“Saya selalunya datang sini apabila saya terdengar PC Image mengadakan promosi. Baru-baru ini juga, saya membeli gajet jenama Lenovo dan saya sangat berpuas hati.

“Saya juga mendaftar sebagai ahli PC Image Elite Club yang membuatkan saya tahu segala promosi yang dilakukan dan mendapat diskaun yang berpatutan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PC Image, sila layari pcimage.com.my/tvs – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan