Search
Close this search box.
Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Johnny Pangkas menyampaikan cendermata kepada wakil bomba. Foto: TVS

Karnival MyChampion Kuching promosi gaya hidup sihat

KUCHING, 24 Nov: Karnival MyChampion Kuching merupakan platform terbaik dalam membentuk keluarga Malaysia sihat serta peka terhadap isu kesihatan semasa.

Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Johnny Pangkas berkata karnival ini merupakan satu kerjasama khidmat sukarelawan dalam usaha memperkasakan komuniti mengamalkan budaya hidup sihat.

Karnival MyChampion platform keluarga sihat | TVS

“Program ini membantu mempromosikan kesihatan dan pemeriksaan kesihatan seperti kencing manis dan dadah tinggi,” katanya ditemui pada Majlis Perasmian Karnival MyChampion di sini, hari ini.

Pihaknya menyasarkan kehadiran 500 hingga 1,000 orang ke karnival yang berlangsung hari ini dan esok.

“Melihat kepada sambutan kali ini, kami ingin mengusulkan untuk karnival ini dipanjangkan kepada komuniti di luar bandar agar objektif ini dicapai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan